Sunday 29 November 2015

Sukan Berkuda

Teks:Irdina HadzramiFoto:Irdina Hadzram

Sukan berkuda merupakan salah satu sukan sunnah bagi Nabi Muhammad S.A.W kita . Sukan kuda juga merupakan terapi bagi penungggang kuda.Terapi tunggang kuda adalan penggunaan kuda dan kegiatan bantuan utuk mencapai matlamat yang mempertingkatan fizikal, kognitif, sosial dan pembelajaran bagi mereka yang mengalami kekurang upaya,bahkan ia juga  membolehkan perkembangan kita dengan kuda. Kuda juga bergerak secara berirama yang memimik pergerakan manusia.

Contohnya seperti abang saya yang bertangan satu hadiah dari syurga. Saya juga bersyukur kerana mempunyai abang seperti beliau walaupun bertangan satu. Mungkin dipandangan orang bertangan satu tidak banyak benda yang boleh dilakukan atau membuat kerja lain. 

Menunggang kuda juga menawarkan rangsangan saraf-otot yang unik apabila ditunggang dengan satu-satunya jenis pergerakan. Dalam tunggangan, langkah demi langkah kuda bertindak untuk menggerakan pelvis(saluran kemih bahagian bawah) dalam putaran dan pergerakan kanan kiri yang sama seperti ketika berjalan. Lenggok jalan kuda yang boleh dilaras itu merangsang penunggangnya untuk sentiasa melaraskan kelajuan untuk mencapai pelvis yang dikehendaki sambil memupuk keseimbangan, kekuatan, koordinasi , kefleksibelan dan keyakinan.

Kuda juga boleh bertindak sebagai bantuan untuk menjadikan teman yang boleh menyayanginya. Seseorang tidak perlu menunggang kuda untuk mencapai kesan terapi yang dikehendaki. Kerja kerja penjagaan kuda memberus, memandikan dan menggeragas membentu dan meluaskan pergerakan sendi . Oleh itu menunggang kuda adalah salah satu hobi atau sukan yang berfaedah dan juga merupakan salah satu sukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W .


 Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment